Bahasa Badan? (Body Language)
Ia merupakan suatu bentuk ekspresi seseorang yang terpamer bukan daripada mulut tetapi ia adalah suatu bentuk komunikasi bukan suara. Dengan lebih tepat, ia adalah kenyataan perilaku badan seseorang secara gesture bagi menterjemahkan suatu makna yang tersendiri dan banyak melibatkan pergerakan mata dan tangan.
Kajian mengatakan (Albert Mehrabian), sering bila berlaku komunikasi, 60% - 70% yang terpamer adalah hasil daripada bahasa badan dan ia amat mempengaruhi kehidupan manusia dan merangkumi semua peringkat lapisan.
Bahasa badan boleh menjelaskan sesuatu aksi atau boleh mengisyaratkan sesuatu makna atau penggunaan kepada lawannya. Bahasa badan boleh menterjermahkan sikap seseorang semasa berkomuniskasi samada seseorang itu dalam mood yang bagus, agresif, memerlukan perhatian dari seseorang, relaks, bersedia, kebosanan, memahami arahan dan sebagainya.
Berikut ialah antara beberapa TIP yang amat kepada (sebagai ilmu) kepada kita untuk memahami mereka terutama kepada mereka yang sememangnya berkhidmat dengan orang ramai. Kenali dengan lebih mendalam pelanggan, pelajar, murid, pekerja atau kakitangan anda dengan ilmu ini. Ia bukan setakat itu sahaja! Bahasa badan juga boleh membantu diri kita sendiri untuk mempengaruhi orang lain supaya mempercayai kita! Menguasai dan memilik kemahiran Bahasa badan boleh membantu seseorang membuat perubahan besar dalam aktiviti seharian terutama ketika seseorang itu mahukan PERHATIAN YANG LEBIH DARI SESEORANG! Awek mungkin! Nak sila cuti mungkin! Dalam sesi interview mungkin!
Sebenarnya TIADA NASIHAT & CARA KHAS bagaimana nak mengaplikasikan Bahasa Badan ini. Ia bergantung kepada cara BAGAIMANA ia harus berlaku. Ia bergantung kepada SUASANA dan SITUASI atau sikon dan dengan SIAPA YANG SEDANG KITA HADAPI masa itu.Dengan bos kita mungkin berbeza. Dengan awek mungkin berbeza. (Sikon = situasi + keadaan)
AWAS! Perhatikan bagaimana cara kita duduk, berdiri, bagaimana kawalan pergerakan tangan, kaki, mata, badan, malah bercakap sekalipun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan